Wednesday, April 21, 2010

Pelancaran Komuniti Orang Asli 1 Hulu Selangor

Acara telah berlangsung pada hari Sabtu 10 April 2010, bertempat di Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong Bukit Beruntung. Perasmian dilakukan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Kebanyakan pegawai SKM telah berkampung di sini sehari sebelumnya untuk menyediakan peralatan serta goodies untuk acara tersebut. Tengoklah mira tu ha, seronok tu dapat bergandingan dengan En Fitri..
Kelihatan En Aidil, Redza dan zainal sedang sibuk buat kerja..
orang kuat majlis ni Rohana Isa...
kelihatan Zaimi si pengacara majlis sedang sibuk menyiapkan teks ucapan pada hari tersebut..
anak dara 2 orang ni memang rajin tau...ringan tulang..
goodies untuk diedarkan pada hari tersebut...dalamnya ada 2 biji roti dan sebotol air mineral..
beg goodies disumbangkan oleh Bank Rakyat..
kak nab sedang sibuk buat tag untuk acara penyampaian sumbangan basikal kepada anak2 orang asli...
haruslah ada gambar mama kan terselit..
asyik dok tangkap gambar orang lain je...mama pun mau glamour jugak..
pakaian rasmi pada hari tersebut adalah baju korporat yang mama pakai tu..panasnya sendiri mau ingat sebab kain baju tu agak tebal...

khemah perasmian, kelihatan anak2 oarang asli yang teruja dengan sambutan yang dilakukan di kampung mereka...depa ni dah moden tau, kat rumah siap ada astro lagi...tak la hulu sangat, kalau yang di cameron tu lagi daif rasanya...depa ni rumah pun cantik cantik....ada rumah yang ada kereta..
acara yang ditunggu ialah sumbangan basikal kepada anak2 orang asli..
tengoklah tu barisan basikalnya...64 buah semuanya..
disumbangkan oleh Bank Rakyat...
my boss & my ex-boss...
en zazali tgh tersengih dok perasan cam tgh bersanding..
pn meriam boss lama mama kat hq dulu...still ngam ngan dia...
kak yam ni walaupun garang tapi best, sporting la jugak..
masa ni menteri belum datang so CEO SKM menyampaikan hadiah bagi acara sukan rakyat kepada pemenang...yang pakai baju batik merah tu tok batin kat sini tau..
and the winner is......jeng jeng jeng..
tetamu dah penuh khemah....ramai tu...memang depa suka acara gini..
masa ni menunggu ketibaan menteri....
harus ada sesi enterframe ekk...muka mama dah minyak2..
kak nab maintain lawa..
masa ni menteri dah sampai...
acara telah dirasmikan dengan ucapan Tok Batin, ADUN kawasan dan diakhiri dengan YB Dato Sri Ismail Sabri..gambar tak de sebab masa ni mama dok jauh...malas nak bangun bagai..

acara tamat jam 6.00 petang dengan jayanya...

1 comment:

pearlsweets said...

waa.. berkampung yer kat sana...