Thursday, April 29, 2010

Satu pencapaian yang amat membanggakan..

Harus bangga okeh bila anak teruna mama yang sorang tu boleh score dalam examnya..
mama tak tahu macamana dia leh buat tapi alhamdulillah....dia berjaya buktikan kat kami yang dia telah mencuba yang terbaik..
tu baru exam tadika...mama dah bangga giler kalau exam lain harus aku buat kenduri kesyukuran kot..

anyway...Iman dapat markah 286 per 300...miss 14 markah sahaja..
2 subjek dia score 50/50...science dan arabic..
paling teruk markahnya ialah 44/50 iaitu english..
need to concentrate more on English la pas ni..
Harus mama dan ayah bawak gi 'air sotong' ekk pas ni.....remember ekk ayah...
dah janji kalau dia lakukan yang terbaik akan bawa dia bercuti...

Monday, April 26, 2010

Buat renungan bersama...

Kisah Rasulullah dengan limau


Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.

Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan

'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang, ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.

Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Kisah dicilok dari blog mariana aka pearlswetts....thanks na...

Untuk renungan kita bersama..

Cilok dari blog marianan aka pearlsweet...

Subhanallah....Kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulllah

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
 
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
penyakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

kredit to forum cari....sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama...

Thursday, April 22, 2010

Our dream house..

Kami sekeluarga dah dapat rumah idaman kami..
perasaan sangat seronok okeh, tak sabar nak tunggu rumah siap..
Kami dah booking unit Basella di Taman Putera 2 Klang..end lot..
merasalah rumah yang ada tanah sikit, walaupun cuma 5 kaki sahaja..
rumah masih dalam peringkat pembinaan, tahun 2012 sok baru siap..
tapi dapat tgk rumah contoh pun jadilah kan..
bolehlah berangan nak buat apa yang perlu..
ruang makan, di sebelahnya tu bilik..
rumah ni ada 4 bilik 2 bilik air..
sangat luas okeh, tile pun sangat cantik..
kami puas hati..

kawasan dapur, cantik kan kabinet tu...simple je...
nanti mama nak buat cam tu gak la...kumpul duit...kumpul duit..

ruang tamu...simple je..tak serabut...
ini rumah contoh tau...bukan rumah kami...
ruangan mencuci pakaian di luar rumah...

ada lebihan tanah di tepi rumah...
bolehlah bersantai-santai..

pandangan dari sisi...
master bedroom...
bilik air..
 mama tangkap gambar cermin eh, bukan gambar sendiri tau...
ni gambar rumah kosong ekk...sebelah rumah contoh je..

ini rumah kami, belakang je dari rumah contoh .....

pandangan dari belakang, tak sabar nak tunggu rumah siap...

Wednesday, April 21, 2010

Pelancaran Komuniti Orang Asli 1 Hulu Selangor

Acara telah berlangsung pada hari Sabtu 10 April 2010, bertempat di Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong Bukit Beruntung. Perasmian dilakukan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Kebanyakan pegawai SKM telah berkampung di sini sehari sebelumnya untuk menyediakan peralatan serta goodies untuk acara tersebut. Tengoklah mira tu ha, seronok tu dapat bergandingan dengan En Fitri..
Kelihatan En Aidil, Redza dan zainal sedang sibuk buat kerja..
orang kuat majlis ni Rohana Isa...
kelihatan Zaimi si pengacara majlis sedang sibuk menyiapkan teks ucapan pada hari tersebut..
anak dara 2 orang ni memang rajin tau...ringan tulang..
goodies untuk diedarkan pada hari tersebut...dalamnya ada 2 biji roti dan sebotol air mineral..
beg goodies disumbangkan oleh Bank Rakyat..
kak nab sedang sibuk buat tag untuk acara penyampaian sumbangan basikal kepada anak2 orang asli...
haruslah ada gambar mama kan terselit..
asyik dok tangkap gambar orang lain je...mama pun mau glamour jugak..
pakaian rasmi pada hari tersebut adalah baju korporat yang mama pakai tu..panasnya sendiri mau ingat sebab kain baju tu agak tebal...

khemah perasmian, kelihatan anak2 oarang asli yang teruja dengan sambutan yang dilakukan di kampung mereka...depa ni dah moden tau, kat rumah siap ada astro lagi...tak la hulu sangat, kalau yang di cameron tu lagi daif rasanya...depa ni rumah pun cantik cantik....ada rumah yang ada kereta..
acara yang ditunggu ialah sumbangan basikal kepada anak2 orang asli..
tengoklah tu barisan basikalnya...64 buah semuanya..
disumbangkan oleh Bank Rakyat...
my boss & my ex-boss...
en zazali tgh tersengih dok perasan cam tgh bersanding..
pn meriam boss lama mama kat hq dulu...still ngam ngan dia...
kak yam ni walaupun garang tapi best, sporting la jugak..
masa ni menteri belum datang so CEO SKM menyampaikan hadiah bagi acara sukan rakyat kepada pemenang...yang pakai baju batik merah tu tok batin kat sini tau..
and the winner is......jeng jeng jeng..
tetamu dah penuh khemah....ramai tu...memang depa suka acara gini..
masa ni menunggu ketibaan menteri....
harus ada sesi enterframe ekk...muka mama dah minyak2..
kak nab maintain lawa..
masa ni menteri dah sampai...
acara telah dirasmikan dengan ucapan Tok Batin, ADUN kawasan dan diakhiri dengan YB Dato Sri Ismail Sabri..gambar tak de sebab masa ni mama dok jauh...malas nak bangun bagai..

acara tamat jam 6.00 petang dengan jayanya...

Friday, April 16, 2010

Penang Part 2

Nilah hotel penginapan kami, Sri Sayang Resort Apartment..
memang selesa dok sini...next time leh datang lagi..
kami 3 beranak di entrance hotel..entah hapa2 tah gelagat 2 beradik ni..
sorang gaya ultraman, sorang dok jelir lidah..
satu lagi pose kami 3 beranak
balik dari pantai mama tgk 2H terbongkang tido...letih sangat la tu...
depa tido dari petang sampai pagi esok tu....rekod! tak pernah dibuat..
pemandangan dari balkoni apartment kami..
pemandangan remang senja, di kala matahari mula terbenam..
cantik kan....sungguh indah ciptaan Illahi
sebelum pulang, pagi tu mama dan ayah bawak la budak2 mandi pool...
rugi la sewa apartment ada pool tapi tak mandi kan...
tgklah aksi 4 kanak2 riang ria ribena ni..
walau penat melayan karenah depa tapi seronok..
hannan sempat mengunyah roti canai waktu mandi..
inilah apartment kami selama 3 hari 2 malam ni..
sebelum berangkat balik kita posing dulu haaa...
awin dan abang kat balcony..
keluar dari penang kami naik feri..
pengalaman kali pertama naik feri sangat best....budak2 pun enjoy..
sekejap je rupanya, tak lama pun tempoh masa dalam feri tu..
opah ngan husna yang takut turun dalam feri tu..
dok je dalam keta..
gambar yang sempat di ambil...

Thursday, April 15, 2010

Penang....Pearl of the Orient...Part 1

Kami sekeluarga holiday ke Penang pada 4 - 6 April yang lepas..
percutian yang sangat menyeronokkan tambahan lagi dah 10 tahun lebih rasanya kami tak ke sana..
perjalanan dari kampung mengambil masa lebih kurang 3 jam...
Kami sekeluarga menginap di Sri Sayang Resort Apartment...mama ambil apartment 2 bilik...
sangat luas okeh...boleh berlari-lari lagi dalam tu...
rate pun tak la mahal sangat...rm138 semalam....affordable kan..
Masa ni baru je sampai....nak check in hotel tak leh lagi sebab belum pukul 2 kan...
so kami singgah tepi laut dulu, bentang tikar dan makan bekalan yang dibawa...
sedap la, budak2 pun bertambah-tambah makan...
si abang yang pantang jumpa pantai....terus je bukak kasut nak terjun..
tu pun mama dah jerit2 suh makan dulu...
dah la masa tu panas terik..
cantik kan pantai ni...

baru nak bentang tikar...awin pun dah tak sabar dah tu nak terjun laut..
dek kerana mulut mama ni bising, terbatal la hasratnya..

Padang Kota
Sebelah petang, dah masuk bilik mandi bagai, kami pun terus ke Padang Kota..
Ingatkan happening la sangat, tak de apa pun...tempat orang melepak je..
ada medan selera la sebelah tu tapi makan tak berapa sedap la kat situ, mahal pulak tu..

terpaksa melayan anak2 yang sibuk nak main..
best oo main sini, kena tiup angin laut sambil main...
tgklah ayah tu tak lepas anak2 dari pandangan mata dia..mithali kan..

husna yang bertepuk tepuk tangan seronok..
si kecik ni memang kelakar..
kami sekeluarga....happy family...

dari sudut pandangan yang berbeza..
3 beradik tu memang saja je mama belikan baju yang sama ekk...
pagi hari kedua, seawal jam 7.30 pagi kami anak beranak dah menuju ke pantai..
Pantai Miami kalau mama tak silap la namanya..
aksi Husna yang tak pernah2 mandi laut...
2 beradik ni jangan heran la...memang keturunan orang laut agaknya..
muka sememeh je bangun tido...
tapi bila sebut ke pantai, laju je ngikut..
 tak sejuk ke sayang oii...pagi2 buta dah berendam..
cik mek molek yang sorang ni pulak tak mau mandi laut...takut..takut..
entah apa yang ditakutnya mama pun tak tau..
asyik dok atas riba je....

Ni acara tgh hari kedua....hajat hati nak beli jeruk kat chowrasta...
banyak penjual jeruk tapi semuanya cina lohh...sorang melayu pun tak de...
tak lalu la pulak rasanya nak telan, langsung tak jadi beli...
akhirnya benda lain la yang dibeli...ayah beli jubah, opah lak beli baju ngan tudung...
mama punya tiada okeh....tak menepati citarasa lohh..
badan dah penat, solat pun dah sudah...mari kita makan dulu..
kami singgah makan kat tepi pantai apa tah nama dia..
tapi best la makan sini, sedap serta murah...itu yang penting..
next time leh datang lagi..
petang pulak kami lepak2 tepi pantai...
masa ni 2H kena tinggal kat bilik sebab tido...opah jaga...
asik gambar anak2 je kan, tak aci la...mama pun nak enterframe gak..
perhatikan hotel kat belakang tu...giler cantik..
banyak mat saleh lepak hotel ni..
honeymoon couple...tapi ada 4 anak berderet ngikut ekk...
jangan mimpi la nak manja2 bagai, ada la yang nak nyelit...heheh..

sedang mama dan ayah sibuk berborak bagai, abang dan kakak sibuk la main pasir...
siap bawak cawan dari apartment tu, punya semangat budak2 ni..
pantai depan apartment kami...
mendamaikan..