Sunday, December 30, 2012

Lencana Sekolah

Kerja yang paling malas ku kerjakan ialah menjahit lencana sekolah. Tapi terpaksa jugak le, iman dah hari2 berzikir tepi telinga. Risau sangat mama lupa le tuh.. Nak tak nak mama jahit juga, hati2 mama jahit tau. Supaya nampak kemas dan smart anak mama pakai nanti. Ibu mana yang nak anaknya selekeh ye tak... Apapun mama harap iman dapat belajar bersungguh sungguh tahun ni, jangan byk main. Nanti bulan januari start tuisyen ye! Jangan malas malas lagi

Saturday, December 29, 2012

Orientasi Darjah Satu

Tahun 2013 bakal menjelang 2 hari lagi. Tahun yg penuh cabaran sebab kesemua putera puteriku dah mula bersekolah. Iman dah masuk darjah 3, awin darjah 1 manakala si kembar sekolah tadika. Kelam kabut la mama pagi2 nanti, nak pastikan semuanya siap. Hari ni ada majlis orientasi darjah 1 bg awin. Pagi2 dah bgn, teruja betul anak dara tu. Mama harap awin dpt teruskan kecemerlangan awin di sekolah nanti. Masa tadika thn pertama awin dpt tpt pertama manakala thn kedua dpt tpt kedua. Awin bersekolah sama dgn iman, so mama harap iman dpt tengokkan adik dia.

Thursday, December 27, 2012

Tetamu

Teratak kami didatangani tetamu dr jauh. Kawan baik encik suami dr johor. Encik azam yg sama2 mengajar di ILP Pedas.

Wednesday, December 19, 2012

Sejuk Perut Ibu Mengandung

Alhamdulillah, anak teruna ngan anak dara dah blh diharap. Kalau kat rumah, msk je waktu iman dan awin akan solat, tp kat sekolah tak tau la. Cuma solat subuh tu memang liat la nak bgn awal, dah pukul 7 br bgn. Tapi oklah, kecik lagi kan
Iman dah blh diharap jadi imam pada adik2nya

Friday, October 26, 2012

Family Day SKM 2012

Singgah mkn tgh kat tpt cowboy yang famous tuh..

Lepak tp pantai di teluk kemang sblm meneruskan perjalanan ke hotel.

Hari keluarga tlh di adakan pada 14 hingga 16 dis 2012, di tiara beach resort PD.
Ada acara sukaneka kanak2 dan dewasa. Iman dan awin byk gak le dpt hadiah. Habis sukaneka trus terjun pool. Blh ptg semua pengsan kepenatan.
Mama nak turun join sukaneka dewasa pun tak boleh.
 
Belah malam ada dinner. Thn ini temanya adalah colour block. Tapi mama hentam je pakai bj yg lama2. Tak kisahla ikut tema ke tak, janji pakai baju. Ada acara cabutan bertuah. Mama dpt toaster je. Memang tak pernah bertuah pun cam org lain yg dpt tv, galaksi tab dan sebagainya.
sebelum sessi makan-makan bermula..
Cantik sgt le buat mata cam tu awin...jadi btl2 br tau...

Tuesday, October 23, 2012

Latest

Lama bersawang blog ni. Malas giler nak update, tapi rajin blogwalking. Intai blog org lain sambil gelak2 baca. Byk je idea korang nak citer eh. Si kembar kat atas tu dah pun berusia 4 tahun 10 bulan. Tahun dpn masuk tadika dah. Huish, tak sangka cepat btl rasanya masa berlalu. Rasa cam depa kecik lagi. Masa abg ngan kakak dulu tak pulak aku rasa cam ni. Nak sekolah dah pun tapi still menyusu lagi. Aku lum leh lega dari nyediakan budget bulanan utk susu dan diapers. Diapers utk malam sahaja, tu pun kadang2 tak pakai dah. Kitorang dok kutuk2 gak budak berdua ni, tapi depa rileks je. Hampeh! Apa-apalah anak oi, janji korang bahagia.

Tuesday, April 10, 2012

muzium tentera darat

seronok btl budak2 dpt gi melawat muzium. walau panas terik, diorang tetap enjoy..

Thursday, February 02, 2012

Makan Secara Berjemaah..

Macam ni la setiap kali waktu makan. Makan kena sesama sebab senang kerja mama nak ngemas...
Ni gambar minggu lps. Abang iman belum balik dari sekolah petang. Adik2 kena makan dulu.

Thursday, January 26, 2012

Birthday Awin Yang Ke 6

Semoga anak mama menjadi puteri yang solehah. Happy birthday sayang...
Gambar awin yang terkini...dah tak tembam berbanding dulu.

Wednesday, January 11, 2012

Mencuba

Trial and error...berjaya ke tak ni.. Wah berjaya.....best best..