Friday, January 22, 2010



January Girl



Bulan Januari ni 3 orang puteri mama menyambut ulangtahun kelahiran....
Tanggal 3 Januari 2010, Hannan dan husna genap 2 tahun manakala tanggal 21 Januari 2010 pulan Nurin genap 4 tahun..
Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar tak semakin membesar puteri2 kesayangan mama ni..
Makan2 sempena besday belum buat lagi arr, sebab mama ngan ayah sengkek sikit bulan ni..
kena tunda lepas gaji la...itupun buat kecik2 je, family members only..
Kek coklat moist mama dah order online ngan kak meen...bertemakan character barbie....
Mesti anak2 mama ni suka kan...hopefully la...

Mama doakan puteri2 mama ni akan membesar dengan jayanya...heheh (cukup2 la tu, diet sikit okeh)..
Semoga menjadi muslimah yang beriman, yang mampu membuatkan mama dan ayah bangga dengan pencapaian kalian tak kira di bidang apapun....di dunia mahupun di akhirat..








Thursday, January 21, 2010

Pelancaran KOBERA dan majlis dialog bersama Menteri


Majlis ni diadakan dalam penghujung tahun 2009, tarikhnya mama lupa la.
Acara diadakan di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam dan di rasmikan oleh Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YAB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Kami, staff Suruhanjaya telah berkampung di hotel selama 2 hari dan bertungkus lumus menyediakan peralatan supaya semua aturcara berjalan lancar.
Mama telah dutugaskan untuk menjadi Urusetia Penyambut Tetamu. Mama telah melantik 10 orang penyambut tetamu yang akan mengiringi para koperator ke tempat duduk masing-masing. Majlis berjalan lancar...alhamdulillah. Menteri juga amat berpuas hati dengan sambutan yang dibuat.

Mama dengan Kak Mas dan Hani sebelum acara bermula..


Orang kuat bahagian pendaftaran peserta..
  
bahagian pendaftaran yang sibuk hari tu...
 
mama dengan officemate...Rohana yang dah selim melim lps bersalin..
mama sanngat jealous okeh..

barisan jawatankuasa penyambut tetamu...comel2 kan..
memang mama suruh depa semua berbaju warna pink..senang nak kenal kan..

kami di pintu masuk hotel..
masa ni menunggu ketibaan VVIP..

sangat over okeh...jangan marah..

Masa ni Menteri dah sampai dan berehat di bilik VIP..

Kami pun pose la sebelum Menteri masuk dewan...

kakitangan SKM menyambut ketibaan VVIP


berbaris menunggu Menteri masuk dewan..
kelihatan Pengarah baru kami...Tuan Haji Kamil bin Hassan Hilmi

dah sampai pun Menteri kita...diiringi oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pengarah SKM Selangor serta para VIP yang lain..

close up....

Acara pun bermula....
 
dengan rasminya Koperasi Bela Rakyat peringkat negeri Selangor dilancarkan...

Dah habih dah acara...tunggu nak makan la pulak..
muka masing2 pun dah berminyak..

anak dara pingitan yang bertungkus lumus menjayakan majlis..

Monday, January 18, 2010

Kuala Selangor


Last week kami ke Kuala Selangor...hasrat hati saja nak jalan2 bawak budak2...
selain tu nak cari la ikan2 segar kat pasar sana nun...
singgah la kami kat Pasar Penambang....
halamak...memang fresh la tangkapan laut kat sana...
mata ikan pun jernih2 lagi...
kalau kat kl ni selalu mata ikan dah merah2 kan...
badan ikan pun keras lagi...best...rambang lak mata kami laki bini ni ha...
harga leh tahan la....standard, tak le maurah pun...
sama macam market price...
tapi kualiti yang penting.....best2...

Keluar dari pasar kami singgah kat Bukit Melawati..

Nak naik bukit ni kena naik tram...cantik kan tram ni..
bayaran RM3.00 seorang...
Husna dok menangis naik benda alah ni...takut...


Pemandangan sangat cantik tau, tapi mama lupa la nak snap gambar...


kat atas bukit ni banyak sangat monyet....dari kecik sampai lah ke besar...
peniaga kat atas tu pulak jual kacang2 untuk beri monyet makan...
RM0.50 seikat...
ayah beli la seikat untuk iman...
iman seronok la bagi monyet2 tu makan sampai tak cukup seikat..


tengoklah betapa banyaknya monyet2 kat sana...
tarik2 baju lagi tau..
mama takut la, walaupun tak ganas depa ni..
2H pun takut sama...kami 3 beranak dok jauh je..


yang ni la yang iman beri makan...


dok jauh je 2 beradik ni...


sengih2 tengok mama ambik gambar


Thursday, January 14, 2010

Lumut nan indah


Kami sekeluarga pergi ke Lumut cuti akhir tahun baru-baru ni. Seronok...
Lumut pun dah cantik sekarang, tak macam dulu....
Kami menginap di hotel kat pekan Lumut...tak dapat la tepi pantai..
penuh semuanya..
padan le pun, main terjah je....tak booking dulu..

tengoklah gelagat mereka...ada-ada saja..


atuk ngan si kembar...masa ni atuk tak berapa sihat...demam


kami sempat bakar ayam dan sosej....sedap giler...
tapi letih la meniup api.....angin kuat


iman pun sibuk sama membakar ayam masa ni...
dok sibuk nak mandi laut tapi ayah tak kasi...hehehe..kesian dia!!


ni aktiviti petang hari....ambil angin kat tepi jeti..


spek dan tudung dibeli kat ekspo sebelah tu je..


anak dara mama yang cute..

budak2 ni teruja dengan ikan besar tu....tak sabar2 nak ambik gambar

macam2 gelagat...
kami sekeluarga........

model bebas.....

sebelum balik sempat tangkap gambar dulu...