Friday, January 21, 2011

Ada apa pada kunci

kejadian berlaku pada pagi hari sabtu lepas
si malang adalah Iman dan Husna

seperti biasa aku akan terpekik pagi-pagi suh budak berempat ni mandi
aku akan mandikan awin, husna dan hannan
manakala iman akan mandi sendiri

pagi tu masa aku siapkan hannan
dengar la Iman dok jerit kata 'mama, pintu tak leh bukak'
mulanya aku diam je la sebab depa ni memang suka main-main
tapi tak lama lepas tu aku dengar depa dah menjerit-jerit, menangis bagai
ah sudah...apa hal pulak ni...

rupanya kunci pintu dah stuck...tak leh bukak dari dalam mahupun dari luar
haru betul....dah la Iman dan una kat dalam dah nangis-nangis..
dah tak tau nak buat pe, atuk gi cari hammer tapi tak jumpa
lastnya aku ambik parang, hempuk kat tombol pintu
lama gak la baru leh bukak

aku seriau gak la, dah la ayahnya tak balik2 lagi
dengan una belum berseluar lagi, kang dia terkincit lagi haru
dah la dalam bilik tu agak panas

akhirnya terpecah gak la tombol pintu
habih terkopak

tengok tangan opah tu
risau beno opah ngan keadaan cucu2 dia kat dalam tu
awin pun dah risau je muka

tengok tu, habih dah semua terkopak

pintu yang malang

si empunya diri baru lepas nangis
kesian iman, fobia dah dia ngan pintu 
budak tecit ni pun satu hal
ha, ngekor lagi abang masuk bilik
kan dah kena
tgh bogel la tu
nasib baik dia tak terkincit..

1 comment:

pengguins said...

comel betul dorang nih...
kesian.. terkunci la plak..