Wednesday, January 09, 2013

Si Kembar Mula Bersekolah

Tahun ini, husna dan hannan dah mula bersekolah tadika. Kami daftarkan di tadika islam al hidayah, sama sekolah mcm abg dan kakaknya dahulu. Masa bersiap pagi tu kemain teruja dua beradik tu. Siap dah janji2 ngan mama tak mau nangis. Sebelum msk sekolah, ayah bwk gi breakfast kat luar. Tersengih sengih je depa berdua seronok. Masa masuk kelas ok je. Tgk dah ramai yg masuk, mama perasan depa dah tunduk je pandang lantai. Tak angkat muka, sambil tu mata asyik pandang mama. Tak blh langsung mama hilang dr mata. Rupanya air mata dah mengalir perlahan lahan. Hehehe, tak tahan juga kamu ye anak! Jiwa sensitif.. Kejap2 kang si hannan keluar kelas mendapatkan mama. Pujuk2 masuk blk. 6 kali jugak la keluar masuk... Alhamdulillah bila cikgu start mengajar, dah cerita2 dan mula main2, nampak depa dah ok. Dah seronok, lega hati mama...

Masa breakfast kat mamak sbm pergi tadika

 
Cikgu hasanah dah start bercerita, nak tawan hati anak2 murid

Cikgu beri mainan

Makan time kat sekolah. Pagi tu cikgu bg makan biskut

No comments: