Thursday, March 11, 2010

Sepetang di taman...

Ni aktiviti kami hujung minggu lepas..
lepak kat padang sebelah muzium shah alam tu..
petang2 ramai tul org lepak kat sini tapi semua bawak keluarga la...
best la jugak, kalau dibandingkan lepak kat tepi tasik tu kan....sakit je mata pandang couple2 yang lepak situ, tak tahu malu langsung...dok berkepit je sepanjang masa..

abang iman teruja main layang2...angin lak kuat masa tu..
seronok la dapat tengok layang2 terbang tinggi..
2H pun sibuk sama jugak....macam pandai sangat main..
lokasi kejadian....
belakang hotel blue wave tu office mama...bangunan affin bank..
hannan berlari mendapatkan mama...
nak minum katanya...bawak lak air kotak soya tu, memang berulang la budak ni minum..
merenung abang dari kejauhan...
2H....sama besar dan sama tinggi je...
semakin aktif dan kuat bercakap...
kadang pening melayan apa yang ditanyanya...
abang Iman sedang memegang tali layang-layang...
Husna tersengih sengih...

No comments: