Thursday, January 27, 2011

Entah apa-apa tah..

Aku sangat busy sekarang ni
undang-undang kecil sentiasa ada atas meja untuk semakan dan perhatian
tambahan surat2 lain yang perlu di layani
sangat pening..

tak de masa nak layari internet bagai
facebook pun bukak time mula2 masuk kerja je...lps tu biar
tak leh nak tgk gambar kawan2 cam dulu...
minum pagi pun tak leh lama2....nanti banyak kerja tak siap..

tolong...tolong...
need help..
aku lemas...

nah tengok gambar budak2 comot nih..

Friday, January 21, 2011

Ada apa pada kunci

kejadian berlaku pada pagi hari sabtu lepas
si malang adalah Iman dan Husna

seperti biasa aku akan terpekik pagi-pagi suh budak berempat ni mandi
aku akan mandikan awin, husna dan hannan
manakala iman akan mandi sendiri

pagi tu masa aku siapkan hannan
dengar la Iman dok jerit kata 'mama, pintu tak leh bukak'
mulanya aku diam je la sebab depa ni memang suka main-main
tapi tak lama lepas tu aku dengar depa dah menjerit-jerit, menangis bagai
ah sudah...apa hal pulak ni...

rupanya kunci pintu dah stuck...tak leh bukak dari dalam mahupun dari luar
haru betul....dah la Iman dan una kat dalam dah nangis-nangis..
dah tak tau nak buat pe, atuk gi cari hammer tapi tak jumpa
lastnya aku ambik parang, hempuk kat tombol pintu
lama gak la baru leh bukak

aku seriau gak la, dah la ayahnya tak balik2 lagi
dengan una belum berseluar lagi, kang dia terkincit lagi haru
dah la dalam bilik tu agak panas

akhirnya terpecah gak la tombol pintu
habih terkopak

tengok tangan opah tu
risau beno opah ngan keadaan cucu2 dia kat dalam tu
awin pun dah risau je muka

tengok tu, habih dah semua terkopak

pintu yang malang

si empunya diri baru lepas nangis
kesian iman, fobia dah dia ngan pintu 
budak tecit ni pun satu hal
ha, ngekor lagi abang masuk bilik
kan dah kena
tgh bogel la tu
nasib baik dia tak terkincit..

Friday, January 14, 2011

Nurin punya edition pulak.....Tadika Al-Hidayah

entry kali ni nak citer pasal awin pulak
serius memang aku risau anak dara tembam aku ni masuk sekolah
bukan pe, dia ni jenis yang tak bersosial sikit
asyik dok terperap kat kampung nagn opahnya
so nak suh tadika dan dok kat shah alam ni memang aku seriau sikit la

awin ni start sekolah hari rabu, orang lain dah sekolah 3 hari dah dia baru nak sekolah
tadika awin ni dalam kawasan masjid al-hidayah seksyen 18 shah alam
harapan aku semoga awin ni jadik anak yang solehah la sebab tu biasakan dia sekolah dalam kawasan masjid, biar telinga dia biasa dengar azan

ini gambar pada pagi hari kejadian
muka ceria sebelum masuk kelas

budak2 5 tahun dibahagikan kepada 2 kelas
kelas pertama bagi budak2 yang ibubapa hantar dan ambik sendiri
kelas kedua pulak budak2nya naik van/bas sekolah
awin masuk kelas kedua sebab dia pergi balik sekolah dengan van pak cik meor

masa ni baru masuk kelas
ada 2- 3 orang budak star meraung dah, aku risau je kot2 awin jangkit
kang haru pulak
alhamdulillah, dia dapat bertahan la
walaupun nampak matanya dah cam nak nangis...heheh..

masa ni paling ditunggu-tunggu
makan time
nampak selera je awin makan walaupun cuma biskut kering dan air teh
agaknya sebab ramai tu kot, selera...
kalau kat rumah tak dipandangnya biskut2 cam tu
anak i demand sikit tau
nak makan sedap saje..

kesian sangat tengok budak nih
asyik nangis je panggil ayah dia
budak2 lain kenyang makan tapi dia sikit pun tak sentuh
mana tah bapaknya pergi
kesian kat budak tu

habih makan, awin masuk kelas sekejap
lps tu apa lagi, balik la..

hari kedua sekolah masa pergi tu dia ok tapi kat sekolah dia nangis
tapi alhamdulillah, hari berikutnya dia ok jek..

Nurin punya edition pulak.....Tadika Al-Hidayah

Entry lepas dah sudah citer pasal Iman
kali ni aku nak citer pasal budak tembun nih...awin..
memang aku risau sikit budak nih nak masuk sekolah
bukan pe, dia kan dok kampung
dok berkepit je ngan opah dia
so suh sekolah dan dok sini memang payahla..

di kawasan ini la tadika si awin nih
dalam perkarangan masjid al-hidayah seksyen 18
dulu Iman pun sekolah sini gak
sok kembar pun sini gak agaknya

awin ni start sekolah hari rabu
mula kelas pukul 8.30, so aku terpaksa la ambik cuti
nak tengok ok ke tidak puteri kesayangan aku ni

ni gambar pada hari kejadian
muka tak sabar nak masuk kelas...hahahah

ni dah masuk kelas
aku pandang je dari luar
memang mulanya dia nampak tension la, mana taknya mana pernah budak ni bergaul ngan orang
asyik terperap kat kampung jek
tengah2 cikgu bagi penerangan, aku tengok dis dok tertoleh toleh mencari aku ngan ayahnya
mata dah nampak cam berair-air
sudah, habih la...
masa tu pulak ada 2 -3 orang budak dah meraung
nak tergelak pun ada, macam ni rupanya perasaan nganto anak ekk
rasa cam.....entah, tak tau la nak citer..

ni la kawan2 awin
budak 5 tahun ada 2 kelas
kelas pulak dibahagikan macam ni
satu kelas untuk yang balik ibu bapa ambik
satu kelas lagi pulak yang datang dan balik naik bas/van
agaknya senang cikgu nak pantau kot
awin masuk kelas yang naik van tu
sebab dia pergi dan balik naik vam pakcik Meor

ni la budaknya yang nangis tak henti2
kesian oh...asyik dok panggei ayah je
mana tah ayahnya pergi
orang lain dok sibuk makan, dia sikit pun tak sentuh

ni la masa yang paling ditunggu oleh awin
makan time
nampak selera benar dia makan hari tu
padahal biskut kering cicah air teh je

habis makan, masuk kelas sekejap then boleh pulang
tamatlah sudah kisah hari pertama persekolahan anak-anakku...

Thursday, January 13, 2011

My little bumble bee dah sekolah...Iman punya edition

yihaaaaaa.........yabedabedu...
lama gile aku tak bukak blog ni ha
sampai password pun dah lupa
terpaksa reset balik password..
sudah tuakah aku...hahahha..
oh tidak...masih muda...masih kuat..masih menawan...hahahah ayat perasan..

sangat busy lately ni
kerja menimbun, tak pernah habih..
ada je surat atas meja aku ni
boss cuma tau minit jek...buatla apa yang patut..
oh, my boss akan bertukar ke Pahang minggu depan..
sayonara en zazali...semoga seronok di tempat baru...jawatan pun baru
sepanjang berada di bawah arahan boss...sangat seronok walaupun kerja banyak

dah 2 minggu 2011
sepanjang 2 minggu ni gak la agak busy ngan persekolahan anak
mana taknya, si abang darjah 1 manakala si adik pulak masuk tadika
kelam kelibut jadual waktu..
tapi kesian la kat Iman, satu hari sekolah
memang penat la
kul 8.30 dia dah tido
nasib la sekarang ni belum ada kerja sekolah
kalau ada esok2 camano...bila masa nak buat tu..
ke aku kena tolong buat?? oh tidak...
peduli la...kalau rasa2 dia malas sok, siap la
tak cukup kena cubit, kena rotan la..
mak dia ni memang kejam sikit...hahaha



masa ni masa nak hantar sessi orientasi
memang excited giler arr budak ni
aku pun seronok gak sebab dia ok
tapi orientasi tu sekejap je, setakat kenal kawasan sekolah
masuk sekolah sat, lps tu exam
Iman kata exam kacang je, boleh jawab
tapi sampai sekarang aku tak tau apa result dia
hampeh
nak gak tahu kan ok ke tidak dia kan..

ni pagi hari pertama persekolahan...
muka ngantuk sebab kena kerah bangun cepat
kena beratur sebelum masuk kelas

pagi tu ada sessi perhimpunan pagi
ada ucapan dari guru yang bertugas dan guru besar
teruja arr masa nyanyi lagu negaraku dan lagu sekolah
syok je tgk pengawas sekolah yang kecik2 tu naikkan bendera
apasal masa aku sekolah dulu aku tak pernah naikkan bendera ekk
padahal dulu aku pengawas
mesti cikgu tak caya ngan aku la tu

ha, ni kelas Iman
1 Kreatif...harap2 Iman jadik kreatip la dalam pelajaran
jangan kreatip benda2 lain dah le..
yang syoknya si Iman ni punya meja betul2 depan meja cikgu
bagus pun, dah tentu dia disiplin sikit
sekurang-kurangnya kalau ada benda tak tau, senang la sikit cikgu nak pantau kan
 
budak sebelah Iman ni tah hapa namanya
first day tu Iman asyik ngekor budak tu je

aku tungu sampai rehat k
saja nak tgk Iman beli makanan, reti ke tak dia
memang kesian la, kena himpit2 je
nak menitik air mata aku
dah pandai guna duit anak teruna aku ni
mula dia beli cekodok singgit
dah makan 2 ketul, aku suh beli nasi
takut kang lapar
dia pun gi la beli nasi ayam rm2
habih la rm3 hari tu...tak pe janji makan
memang belanja hari2 ayah dia bagi rm3
petang pulak rm2...so total rm5 perday

tu dia, sepinggan nasi ayam
sedap Iman???
habih sepinggan...mesti sedap tu..

ni la budak peneman aku hari tu, selain ayah
dok merengek nak balik
dah letih la tu..
si awin ni start sekolah hari rabu..
habih waktu rehat, aku balik rumah
sangat letih....macam aku yang sekolah...hahah